Sunday 4 April 2010

Alhamdulillah di atas segala kurniaNya..

Ada beberapa peristiwa yang baik dan menarik telah berlaku di dalam hidupku.. pertama sekali aku telah disahkan mengandung anak yang ketiga di mana ianya memang dinanti2 kan oleh ku dan suami.. ini kerana kami berasal dari keluarga yang besar, 2 orang anak adalah bilangan yg agak kecil buat kami.. jangkaan kelahiran ahli baru dalam keluarga kami adalah 17/7/2010

Kemudian, pada bulan Febuari 2010, sekali lagi berita gembira dikurniakan ke atas ku dimana permohonan kenaikan pangkatku ke Pensyarah Kanan (DM52) telah diluluskan berkuatkuasa Febuari 2010.. alhamdulillah.. limpahan rezeki ini adalah buat keluarga terutamanya utk baby and anak2 ku, suami dan kucing yg kupelihara semenjak ianya berusia 2 hari...

Bulan Mac 2010, keputusan temuduga biasiswa utk melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah telah dikeluarkan.. sekali lagi aku melahirkan jutaan kesyukuran ke hadrat Nya kerana aku dan rakan2 - Kak Lin, Aida dan Ani telah ditawarkan biasiswa utk melanjutkan PhD dlm jurusan masing2. Alhamdulillah ya Allah..

Namun dlm kegembiraan ini timbul rasa hiba kerana kejayaan demi kejayaan yg kukecapi ini tdk dpt kukongsi dengan insan2 yag telah byk berjasa dan berkorban di dalam hidupku.. bonda tercinta - Allahyarmah Hjh Zainun dan kekanda tercinta - Allahyarham Ahmad Zaini Alias.. Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat Nya di sana.. Al-fatihah..