1) Ahnaf Al-Qais Azwadi
Maafkan umi Ahnaf. Ahnaf hanya dapat menikmati susu umi secara eksklusif hanya selama 3 bulan dan kemudian dicampur dengan susu formula. Ibu mana yang tidak mahu menyusui anak-anaknya.. Namun ketika itu terlalu banyak kekangan yang umi hadapi duhai anakku..
Umi mu ini ketika kelahiranmu pada tanggal 23/3/2004 adalah seorang pelajar Master sepenuh masa. Umi dan ayah tidak mampu untuk membeli pam yang berkualiti dan peralatan lain untuk menyimpan stok susu. Ayah baru sahaja bekerja dan umi pelajar. Ya.. Memang umi mendapat tajaan.. tetapi kos sara hidup tinggi di Kuala Lumpur ini.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kita sekeluarga. Ayah yang bekerja sebagai Pegawai Pemasaran di salah sebuah hospital swasta di Selangor telah membolehkan ayah mendapat bekalan susu yang bermutu dari pembekal susu. Selama setahun bekalan susu yang berjenama dapat dinikmati secara percuma.
Tiga bulan umi bercuti dan menyusukan Ahnaf. Kemudian umi terpaksa meneruskan jihad umi. Umi cuba memerah susu di tempat belajar tetapi dek peralatan yang murah, susu tidak dapat keluar dengan banyak. Umi hanya mampu memerah susu selama 3 bulan kerana kekurangan peralatan. Tetapi sekurang-kurangnya Ahnaf dapat juga menikmati sekurang-kurangnya sekali penyusuan dengan susu umi di rumah ibu yang menjagamu.
Namun begitu, apabila umi balik dari kuliah dan hari minggu, dirimu menyusu sepenuhnya dengan umi. Alhamdulillah, berkat sokongan dan doa umi dan ayah, susu umi tak putus buat mu Ahnaf.
Paling umi dan ayah tidak dapat lupakan di mana dirimu terpaksa berhenti dari menyusu ketika usiamu menginjak 9 bulan. Atas nasihat doktor pakar, umi terpaksa menghentikan penyusuan demi keselamatan adikmu. Maka berakhirlah episod penyusuan anak umi yang pertama.
2) Amru Al-Qais Azwadi
Maafkan umi anakku. Sepertimana abangmu Ahnaf, dek kekangan kewangan, umi hanya mampu menyusui mu secara eksklusif selama 3 bulan dan selebihnya dicampur dengan dengan susu formula ketika umi ke kuliah.
Namun begitu, umi dapat menyusukan Amru selama 2 tahun walaupun tidak sepenuh masa, Alhamdulillah. Ketika dirimu di samping umi, tidak pernah sekalipun dirimu menikmati susu formula. Alhamdulillah, susu umi tidak pernah kering sehingga dirimu menginjak dua tahun. Kesibukan umi sebagai pelajar tahun akhir tidak mematahkan semangat umi untuk terus menyusui mu. Peranan ayahmu juga tidak dilupakan. Berkat doa ayah, umi berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan baik.
Sesudah dirimu menginjak dua tahun, secara perlahan-lahan kami menghentikan penyusuan. Dan Alhamdulillah kedua-dua anak umi dan ayah amat mudah putus susu badan dan tidak banyak ragam. Maka dengan ini selesailah tanggungjawab umi.
3) Akhtar Al-Qais Azwadi
Seindah nama mu - Yang Terpilih, dirimu amat bertuah anakku jika dibandingkan dengan kedua-dua abangmu. Dengan kedudukan ekonomi keluarga kita semakin kukuh, umi dan ayah mampu membeli peralatan untuk penyusuan secara eksklusif. Umi berjaya menyusukanmu secara ekslusif selama 1 tahun 3 bulan. Itupun atas arahan ayah, agar umi mencampurkan susu formula dek kasihankan umi berpenat lelah mengejar masa memerah susu dan jihad PhD umi.
Namun, umi tidak ralat kerana umi telah melangkaui masa minimum penyusuan eksklusif yang disarankan iaitu 6 bulan. Alhamdulillah ya Allah..
Seperti jua abang-abangmu, dirimu tidak pernah menikmati susu formula di kala umi di sisi. Bahkan, penyusuanmu melangkaui jarak masa yang disarankan iaitu 3 tahun. Agak sukar buat umi dan ayah untuk menghentikan penyusuan dek kemanjaanmu. Almaklumlah, anak bongsu la katakan..
Usai dirimu 3 tahun, maka tamatlah tanggungjawab umi menyusuimu..
The purposes of this blog are to share my personal opinions and experiences as an educator. Besides I also like to share my personal events and stories here..
Showing posts with label penyusuan ekslusif. Show all posts
Showing posts with label penyusuan ekslusif. Show all posts
Monday, 16 September 2013
Monday, 25 October 2010
Penyusuan ekslusif dari sudut Islam
Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman peribadi menyusukan ketiga-tiga anak saya. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu para ibu yang bakal melahirkan anak pertama ataupun berhajat untuk menyusukan anak sepenuh masa di masa akan datang.
Terlebih dahulu ingin saya kupaskan di sini aspek penyusuan ibu dari kacamata Islam. Sememangnya telah termaktub di dalam Al-Quran berkenaan dengan penyusuan.
"Dan ibu-ibu hendak lah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu..." (2:233).
Ayat di atas menegaskan betapa Islam menitikberatkan penyusuan di kalangan umatnya. Islam menggariskan bahawa bayi perlu disusui sehingga berusia dua tahun. Namun ini bukanlah mandatori kepada semua ibu-ibu. Tetapi setiap apa yang termaktub di dalam Al-Karim sudah semestinya ada hikmah di sebaliknya. Ini telah dikuatkan dengan bukti-bukti saintifik telah berkenaan kebaikan susu ibu berbanding dengan susu formula di pasaran.
Di samping itu, peranan bapa juga ditekankan oleh Islam dalam memastikan penyusuan dapat direalisasikan seperti yang tercatat di dalam Al-Quran:
"Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya .... kemudian jika kekdua-duanya (suami isteriP mahu menghentikan penyusuan itu(sebelum dua tahun) dengan persetujuan mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidak salah (melakukannya)" (2:233).
Di sini telah dinyatakan dengan jelas tanggungjawab bapa dalam membantu ibu menyusukan anaknya. Bapa perlu menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan ibu untuk menyusu ini termasuklah makanan yang berkhasiat, pakaian dan peralatan lain seperti pam susu, bekan simpanan susu dan sebagainya. Ibu juga tidak patut dibebani dengan kerja-kerja lain yang boleh mengganggu proses penyusuan tersebut.
Secara ringkasnya, susu ibu adalah hak bayi. Menyusukan anak adalah amanah yang diberikan oleh Allah kepada kaum wanita yang bergelar ibu. Samada wanita yang bergelar ibu tersebut menggalas tanggungjawab yang diberikan itu dengan sempurna atau tidak, terserahlah kepada budibicara masing-masing.. Allahu a'lam
Rujukan:
www.susuibu.com

Mahmud Yunus (2008).Tafsir Quran Karim. Malaysia: Klang Book Centre.
www.susuanibu-pk.gov.mywww.susuibu.com
Subscribe to:
Posts (Atom)