Monday 18 February 2008

Famili ku tidak sihat

Sudah 2 minggu hidup ini tak keruan.. sorang demi sorang ahli keluarga tidak sihat.. bermula dengan ahnaf (anak yg sulung)- demam masa balik ke kedah.. then bersambung lak ngan husband ... then adik amru pulak demam.. amru ni macam aku - temperature naik waktu malam.. dan amru ni tak sekuat abangnya (mmg mcm aku la - mcm husband aku kata - aku n amru ni cap koman - sabo je la).. tengah dok melayan ngada2 si amru ahnaf pulak batuk2.. yg tak larat batuk dia menjadi2 waktu malam.. termasuk hari ini, dah 2 hari dia tak ke sekolah..

dah dua malam aku n hubby tak tido cukup.. plg teruk malam tadi la.. dia terbatuk2 smpi sakit dada n nangis2.. so aku terpaksa dakap dia sambil duduk coz bila duduk dia kurang batuk.. aku tido ngan ahnaf sambil duduk.. aduh..sakit pinggang... amru lak temperature naik malam tadi.. so terpaksa la tido duduk dengan ahnaf kat pelukan aku n tangan kiri aku tepuk2 adik amru..

bila kenang balik aku betul2 insaf .. betapa kasih sayang seorang ibu dan ayah tiada batasannya.. terima kasih mak, chu dan ngah kerana menjaga saya!!!