Sunday 2 March 2008

AZIZAH SAHABATKU..

Azizah.. sahabat karib saya ketika waktu persekolahan telah kembali ke rahmattullah pada 27/2/2008 yang lalu.. agak terkedu apabila sms yang aku terima itu.. meninggal dunia kerana kemalangan..

Rasa kesal terus menerjah ke dada.. baru 2 hari sebelumnya aku teringat arwah.. tetapi aku melengah2kan diri utk menghubunginya dengan alasan hari minggu masih ada.. terlalu lalai dengan kesibukan sehingga tidak sempat menghubungi sahabat lama..

Aku menghubungi Hamidi dan meminta nombor keluarga arwah. Daripada Hamidi ku ketahui bahawa arwah baru sahaja 2 minggu memulakan kerja setelah bercuti pantang anak ke 3.. ya Allah dugaan apa yang telah Kau turunkan kepada keluarga arwah?? Hanya Kau yang Maha Mengetahui hikmah yang tersirat ini.. tidak dapat aku gambarkan betapa kesedihan keluarga arwah ketika ini.. bayi kecil yang tidak mengerti bahawa ibunya telah kembali menghadap Pencipta Nya..

Ya Allah tempatkan lah sahabat ku ini di tempat orang yang Engkau Redhai.. Tabahkan lah hati keluarga arwah agar mereka dapat melalui hari2 tanpa dirinya dengan redha.. jadikanlah anak2 arwah insan2 yang soleh, yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya di sana.. amin..