Sunday 4 January 2009

Pertunangan Fizah

Pertunangan Fizah (anak sulung kepada Alang saya) telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Disember 2008. Perkahwinan pula dijadualkan akan berlangsung pada 14 Disember 2009.

Majlis ini merupakan majlis pertunangan pertama anak saudara perempuan di dalam keluarga saya. Fizah merupakan anak saudara ketiga dalam keluarga saya selepas Atong (anak angah - telah melangsungkan perkahwinan pada November 2008) dan Aimi (anak arwah Cho).

Chu, Kak Nah sefamili (isteri arwah cho), Abg Teh sefamili, Andak sefamili, Kak Zan, Yeop Sham sefamili dan saya sefamili menghadiri majlis yang diadakan dirumah Alang. Wadi, suami saya telah menawarkan diri utk menjadi photographer (of course la dibantu oleh saya he he he).

Tidak hadir dengan keizinan (macam minit mesyuarat lak) ialah keluarga Angah coz menetap di Labuan, Kak Uda sekeluarga kerana ada program rasmi pejabat dan Abang Cik sekeluarga.

Semoga jodoh kalian berpanjangan.. amiiinn..