Tuesday, 19 May 2009

HAPPY TEACHER'S DAY- Kisah Guruku - Part 2

Setelah mendapat tamparan hebat dengan keputusan UPSR.. saya bernasib diterima masuk ke dalam sekolah berasrama penuh aliran agama di bwh kerajaan Negeri Perak. Walaupun saya tidak diterima masuk ke dalam sekolah berasrama penuh Sains atau sekolah berasrama penuh Agama di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Abang Cik tetapi saya berpuas hati kerana dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang agama seperti yang saya inginkan.

Ketika melangkah masuk ke sekolah ini, kata-kata Cikgu Hamid tergiang-giang di dalam kepala saya.. Well I have to prove to him that I am just like my brother or even better than him..

Bermula dari tingkatan satu sehingga ke tingkatan tiga saya merupakan TOP 5 student dalam kelas saya (Kelas saya merupakan kelas terbaik).. saya Dan saya juga adalah satu-satunya pelajar perempuan di samping 5 pelajar lelaki yang berjaya mempertahankan kedudukan di dalam kelas tanpa diturunkan ke kelas bawah. Prestasi saya amat konsisten.

Namun begitu, ketika saya berada di tingkatan 1-3 saya merupakan pelajar yang agak pendiam dan tidak tahu bergaul kerana masih dihantui dengan perasaan bersalah terhadap keluarga di atas kegagalan saya ketika UPSR. Kehidupan saya adalah buku.. buku..buku.. saya tidak mahu mengulangi kegagalan ketika UPSR dahulu.
Alhamdulillah saya memperolehi keputusan PMR yang agak cemerlang ketika tingkatan 3.

Ketika melangkah masuk ke tingkatan 4 saya masih ditempatkan di kelas terbaik. Ada seorang guru Bahasa Inggeris yang baru ditempatkan ke sekolah ini namanya Cik Johanna (or Miss Joe).. bermula dari hari itu kehidupan ku mula berubah. Miss Joe dikehendaki mengajar mata pelajaran B.Inggeris di kelas ku. Sememangnya pelajar2 di sekolah agama (mungkin di sekolah saya agaknya) agak terhad penglibatan mereka dalam kelas - sifat malu amat menebal di kalangan kami.. namun Miss Joe berjaya break the wall dan berjaya mencungkil bakat2 kami terutamanya bakat terpendam saya.

Saya telah dipilih untuk mewakili kelas saya (4A) dalam pertandingan syarahan Bahasa Inggeris.. Maka terpaksalah saya bertungkus-lumus menghafal speech.. Alhamdulillah saya mendapat tempat kedua selepas pelajar tingkatan 5.

Bermula dari detik itu, saya menjadi lebih berkeyakinan, lebih agresif (kerana selama ini pelajar lelaki selalu membuli saya dan kawan2 perempuan yang lain kerana bilangan kami yang minoriti) dan sifat-sifat kepimpinan saya semakin menyerlah.. saya semakin aktif di dalam kelas. Saya memenangi pilihanraya sekolah di mana saya telah dilantik menjadi Naib Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar, menjadi Naib Pengerusi Kelab Pidato Sekolah.. dan lain-lain. Dan buat pertama kalinya dalam sejarah sekolah, perwakilan pelajar perempuan diberi tugas untuk mempengerusikan perhimpunan sekolah dan saya adalah orang pertama dipilih utk tugasan tersebut.

Terima kasih Miss Joe kerana telah merubah kehidupan saya..

HAPPY TEACHER'S DAY! - Kisah Guruku Part 1

Bila memperkatakan tentang guru a.k.a pendidik a.ka. cikgu dan lain-lain gelaran yang diberikan serata dunia, ia mengingatkan saya kepada 3 orang cikgu yang tidak akan saya lupakan sepanjang hidup saya ini.

1) Allahyarham Cikgu Hamid
Beliau merupakan guru kelas untuk tahun 6. Namun, ketika saya berada di tahun 6, beliau tidak menjadi guru kelas saya..

Sungguhpun demikian, beliau sentiasa memantau perkembangan akademik saya lantaran beliau juga merupakan guru kelas kepada Abang Cik saya sebelum itu. Beliau pernah menyatakan bahawa saya adalah di antara harapannya untuk memperoleh straight A's dalam UPSR seperti yang dikecapi oleh Abang Cik dalam Penilaian Darjah 5.

Saya merupakan seorang kanak-kanak yang agak pintar di dalam kelas, namun saya tidak bersungguh-sungguh dalam pelajaran (nak belajo apa dalam usia 12 thn??). Saya masih ingat ketika saya menduduki UPSR - saya tidak memegang buku langsung untuk mengulangkaji apatah lagi melakukan latih tubi utk Matematik.. TV, Main, TV, Main itulah rutin hidup saya..

Sehari sebelum keputusan UPSR diumumkan, Cikgu Hamid memanggil dan berjumpa denganku secara personal.. sampai sekarang masih tergiang2 di dalam kotak fikiran ku ayat yang keluar dari bibirnya. "Roslinda.. saya dah salah anggap pada awak.. ternyata awak TIDAK BOLEH menandingi abang awak.. awak menghampakan harapan saya... "

Saya tersentak dengan apa yang diucapkan oleh Cikgu Hamid.. dan ternyata keesokan harinya, keputusan UPSR saya AMAT MENGECEWAKAN - saya hanya mendapat 2A 2B sahaja..

Saya meninggalkan sekolah rendah saya dengan kenangan yang AMAT PAHIT bersama2 dengan kata-kata dari cabaran dari Cikgu Hamid..