Thursday 21 May 2009

Kisah diriku sebagai Guru- kesimpulan kisah Guruku

Walau setinggi mana jawatan kita, walau semulia mana kedudukan kita, tanpa guru siapalah kita. Kisah ketiga-tiga guru yang saya nyatakan sebelum ini menunjukkan peranan guru amatlah besar dalam kehidupan seseorang.

Saya sendiri kini bergelar seorang pendidik. Pelajar-pelajar saya terdiri daripada yang berumur 19 tahun hinggalah 50 tahun (Guru Besar). Memang cabaran yang dihadapi oleh guru amatlah besar.. setiap waktu kita akan sentiasa memikirkan perihal pelajar.. apa yang perlu diajar.. karenah pelajar.. do they learned what should they learn??.. Am I competent enough to teach them??.. Pelbagai permasalahan terpaksa diselesaikan..

Bagi saya, guru adalah satu pekerjaan mulia.. Pernah satu ketika saya bertemu semula dengan salah seorang guru sekolah rendah saya, dan beliau amat berbangga dengan saya kerana saya telah berjaya menjadi seseorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Saya ingat pada minggu lalu seorang pelajar saya (Guru Besar) berjumpa dengan saya dan memeluk saya sambil menyatakan 'Puan, disebabkan puanlah saya tidak buta IT lagi. Kerani-kerani di sekolah pun hairan melihat saya mampu menggunakan komputer. Saya tidak akan lupa jasa-jasa Puan'. Terharu saya dengan kata-kata tersebut.

Malahan saya juga sentiasa dikunjungi oleh bekas-bekas pelajar.. dan semestinya saya rasa amat tenang apabila mengetahui perkembangan positif mereka..

Bukanlah kata-kata pujian yang diharapkan.. sebagai seorang pendidik, saya merasa tenang, gembira berbaur puas apabila melihat dan mengetahui anak-anak didik saya berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.

HAPPY TEACHER'S DAY- Kisah Guruku- Part 3

Alhamdulillah setelah memperolehi keputusan SPM yang cemerlang bermulalah kehidupan saya sebagai siswi UIA di mana saya telah ditawarkan melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Kemanusiaan (dan saya telah memilih jurusan Psikologi). Di Institusi inilah saya telah diketemukan dengan guru yang sememangnya telah membentuk diri saya hari ini.

Saya bukanlah seorang yang aktif di dalam kelas namun para pensyarah menyedari kehadiran saya kerana 1) saya duduk betul-betul di hadapan meja mereka - kebanyakan pelajar Melayu duduk di barisan kedua dan biasanya barisan pertama dipenuhi oleh para pelajar luar negara dan 2) saya mendapat markah yang tinggi dalam setiap kelas sepanjang saya menuntut di sana (tertinggi ataupun paling kurang pun ketiga tertinggi di dalam kelas)

1) Prof Dr. Rahmattullah Khan
Beliau merupakan pensyarah Introduction to Clinical Psychology dan Interpersonal Psychology. Hubungan saya dan Prof. Rahmattullah Khan bertambah rapat apabila saya berada di semester terakhir pengajian kerana saya merupakan pelajar terbaik dalam kelas beliau. Ketika di akhir semester pengajian, beliau telah melantik saya sebagai pembantu penyelidik beliau. Saya menerima bayaran RM30 seminggu dari beliau (jumlah yang agak besar bagi seorang pelajar seperti saya).

Setelah saya tamat pengajian, saya meneruskan khidmat saya menjadi pembantu penyelidik beliau sehingga saya ditawarkan menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih selama 3 bulan di kampung dan selepas itu saya bekerja semula dengan beliau.

Nasib saya amat baik di mana saya telah ditawarkan menjadi Pegawai Penyelidik untuk satu penyelidikan besar (d bawah tajaan Jabatan Agama Islam Selangor) di mana Prof. Rahmattullah adalah ketua Penyelidik. Bayaran yang saya terima adalah sama dengan bayaran yang diterima oleh pegawai-pegawai kerajaan yang setaraf dengan saya (N41).

Di sinilah bermulanya karier saya dalam penyelidikan. Boleh dikatakan saya terlibat 99% dalam kajian ini dan saya belajar banyak perkara berkenaan selok-belok penyelidikan dari Prof. Rahmattullah Khan dan rakan-rakan penyelidikan beliau (Prof. Datuk Sham, Prof. Madya Dr. Azizan, Prof. Md. Sujimon, Dr. Noor Harun dan Puan Noraini Ahmad).

Pengalaman 2 tahun saya menjadi Pegawai Penyelidik banyak membantu saya ketika saya melanjutkan pelajaran dalam peringkat sarjana.

Prof. Rahmattullah Khan merupakan seorang guru, pendidik dan majikan yang terlalu baik. Hubungan Prof dengan para pelajar amatlah akrab. Beliau mengambil berat dan peka tentang perihal pelajarnya. Tidak semua pensyarah yang mempunyai sifat mulia seperti beliau.

Setiap apa yang beliau lakukan terpancar cahaya keikhlasan diwajahnya.. beliau tidak pernah merungut apabila berpusu-pusu pelajar berjumpa dengannya walaupun ketika itu beliau sedang menikmati makan tengahari bahkan beliau melayan mereka dengan baik.

Tiada waktu konsultansi ditetapkan untuk berjumpa dengan beliau bahkan selepas waktu pejabat beliau masih mampu menerima kunjungan pelajar yang ingin berjumpa dengan beliau. Kesabaran dan ketabahan beliau melayani karenah pelajar amatlah saya kagumi dan saya bertekad untuk menjadi seperti beliau.

Beliau sentiasa mendorong saya untuk menjadi yang terbaik dalam semua bidang. Bahkan beliau juga lah yang selalu mendesak saya supaya segera melanjutkan pelajaran dalam peringkat PhD..

Walaupun sekarang beliau telah berpindah ke UPSI, namun sekali-sekala saya ada menghubungi beliau.. Hubungan kami tidak pernah putus kerana beliau adalah Guru sejati saya..

Saya tidak mampu untuk mengungkapkan dan menceritakan kemuliaan hati dan kebaikan Prof. Rahmattullah melalui tinta- hanya Allah sahaja yang mengetahui.. He is the best and the great teacher that I have.. He is my inspiration.. May Allah bless you sir..


Karakter saya sebagai pensyarah banyak dipengaruhi oleh Prof. Dr. Rahmattullah Khan..