Sunday, 4 January 2009

Pertunangan Fizah

Pertunangan Fizah (anak sulung kepada Alang saya) telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Disember 2008. Perkahwinan pula dijadualkan akan berlangsung pada 14 Disember 2009.

Majlis ini merupakan majlis pertunangan pertama anak saudara perempuan di dalam keluarga saya. Fizah merupakan anak saudara ketiga dalam keluarga saya selepas Atong (anak angah - telah melangsungkan perkahwinan pada November 2008) dan Aimi (anak arwah Cho).

Chu, Kak Nah sefamili (isteri arwah cho), Abg Teh sefamili, Andak sefamili, Kak Zan, Yeop Sham sefamili dan saya sefamili menghadiri majlis yang diadakan dirumah Alang. Wadi, suami saya telah menawarkan diri utk menjadi photographer (of course la dibantu oleh saya he he he).

Tidak hadir dengan keizinan (macam minit mesyuarat lak) ialah keluarga Angah coz menetap di Labuan, Kak Uda sekeluarga kerana ada program rasmi pejabat dan Abang Cik sekeluarga.

Semoga jodoh kalian berpanjangan.. amiiinn..


Saturday, 3 January 2009

Hantaran Pertunangan Fizah

Majlis pertunangan Fizah telah ditetapkan pada 27 Disember 2008 (2 hari selepas PTK aku).

Memang niat dihati utk contribute something utk hantaran anak2 sedara. Utk Fizah aku dah offer utk contribute potpourri..


Utk mengelakkan kesuntukan masa, aku kena siapkan hantaran tu sebelum aku pi PTK.. so 16/12 aku n hubby keluar membeli-belah perkakas yg diperlukan.. selain dari mengambil gambar dan video, mengubah hantaran pun antara hobi aku jugak cuma takde masa je nak buat he he he..


Fizah kata tema utk pertunangannya adalah ungu dan gold.. so.. di bwh ini adalah hasil keras tangan aku.. aku buat hantaran ni dalam masa 3 jam...


PTK oo PTK

Aku terlalu la bersemangat utk menduduki PTK 3 utk pensyarah.. alhamdulillah permohonan utk menduduki PTK diluluskan.. tarikh utk PTK aku 18-24 Disember 2008..

Alhamdulillah aku dibenarkan menginap di INTEKMA sepanjang program tersebut kerana jarak antara rumah dan UiTM shah alam dalam 50 km - so pergi balik dalam 100 km (rumah aku di batu caves) - semestinya aku buat surat rayuan melalui dekan la.
Bak kata orang Perak - tumpo le teman setiap hari nak berulang sepanjang seminggu program.

Conclusion utk PTK 3 - teman takkan amik PTK 4 -6 kalo tak disuruh oleh pihak atasan. Ngalahkan nak ambik PhD.. Penat nye Allah je yang tahu.. ada 5 assignment nk kena buat.. then 5 presentations... aduh.. mcm amik master dlm seminggu da... idak la teman nk amik lagi.. cukup la PTK 3 buat masa ni.. takde keghoje teman nak ngadap lg menatang PTK ni..

Satu keserikan... he he he.. apa2 pun dah selesai dah PTK 3.. Result?? harap2 dapat 4, kalo tak dapat 3 pun ok la.. jgn dpt 2 udah le.. jenoh nk ngulang balik.. tak kesior teman nk ngadap lagi eeeeeii nauzubillah...