Tuesday, 22 January 2008

Ada apa dengan nama???

Insan yang memberi dan berkongsi ilmu - Ada yang memanggilnya cikgu.. ada pula menggelarnya guru.. pendidik juga boleh diterima pakai..



Bagaimana pula dengan individu yang mengajar di institusi-institusi pengajian tinggi.. apakah gelaran yang sesuai untuk mereka?? Cikgu atau Pensyarah?? Ilmuwan??





Ada dikalangan sahabat saya menggelar diri mereka 'Pensyarah' dan menekankan bahawa gelaran 'Cikgu' atau 'Guru' adalah lebih sesuai untuk para pendidik di sekolah.. (mungkin ini adalah di atas dasar kelulusan minimum untuk menjadi pensyarah adalah berbeza dengan guru)



Pada pandangan saya pula, walau siapa pun kita - cikgu, guru, pensyarah.. kita adalah sama.. kita adalah insan yang terpilih untuk menggalas tanggungjawab yang amat besar dalam membimbing anak bangsa kita. Yang membezakan kita adalah anak didik kita..



Saya percaya amanah yang diberikan kepada saya amatlah berat, saya bukan hanya seorang pensyarah malahan saya juga adalah seorang guru dan pendidik kepada anak2 didik saya.. saya bukan hanya berkongsi ilmu, malahan sebagai individu yang dapat mendidik anak watan agar berilmu dan berakhlak mulia.



Oleh yang demikian, pada saya, perkataan 'Pendidik' adalah lebih sesuai digunapakai apabila menggelar individu yang memberi ilmu tidak kira samada mereka adalah cikgu, guru atau pensyarah.



Secara peribadi saya percaya apa pun gelaran yang diberi seandainya tanggung jawab tidak dilaksanakan dengan tulus dan ikhlas tiada maknanya..

Imam Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Dawud, Ahmad dan Al-Darimi telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo'a untuknya".

Sejauh manakah kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik?? Wallahu a'lam .. renung-renungkan lah

No comments: