Sunday, 2 November 2008

Pemergian Mak dan Cho - Bab 1

Tahun 2008 merupakan tahun kehilangan yang amat besar bagi diri saya. Belum habis kesedihan di atas pemergian arwah Azizah (sahabat karib saya), saya dikejutkan dengan pemergian arwah abang sulung saya (dikenali sebagai Cho- di dalam keluarga saya).

21 Julai 2008 (Isnin)
Saya menerima SMS dari Cho yang menyatakan beliau telah ditahan di SJMC untuk rawatan lanjut kerana mengalami 'minor heart problem'. Hati saya tidak keruan dan amat risau kerana jika dibandingkan dengan 6 orang abang yang lain, Cho la yang paling sihat. 2 orang abang saya - Angah dan Abang Teh mempunyai sejarah serangan jantung.


24 Julai 2008 (Khamis)
Setiap hari saya menelefon beliau untuk mengetahui perkembangannya. Pada 24 Julai 2008 saya dan suami sempat menjenguk beliau di SJMC. Kebetulan hari itu beliau perlu menjalankan satu ujian jantung lagi untuk menentukan masalah jantungnya.

Kami tidak kering gusi dengan keletah Cho pada hari itu. Cho bangun dari tempat tidurnya dan menyuruh suami saya tidur disitu. Apabila jururawat datang untuk membawanya ke bilik pembedahan, mereka menyuruh Cho membuka pakaian - dalam riak wajahnya yang agak cemas sempat lagi beliau melawak. "Ini dah kes teruk ni, dah menyamai kes Anwar Ibrahim ni.... Kena bukak semua ke???". Berderai ketawa kami yang berada di wad tersebut. Terpinga2 jururawat tersebut. Hingga ke saat ini saya tidak dapat melupakan 'lawak terakhir' Cho.

25 Julai 2008 (Jumaat)
Pada pagi itu saya menelefon Cho, Kak Nah (isteri Cho) menjawab panggilan saya. Cho masih berehat. Kak Nah memberitahu terdapat 3 'blockages' pada saluran jantung Cho. Doktor memberi 3 options - 1)Bypass, 2)Ballooning dan 3) Makan ubat.

Namun begitu Cho dan Kak Nah tidak membuat sebarang keputusan lagi..

26 Julai 2008
Awal pagi lagi saya telah dikejutkan dengan panggilan dari Alang (abang ketiga saya). Beliau dalam perjalanan ke rumah Cho di Seksyen 27 Shah Alam kerana Cho terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Kami sekeluarga bergegas ke sana Alang telah memaklumkan Cho telah pergi menemui Nya ketika kami dalam perjalanan. Diluar kesedaran saya, saya meraung sekuat2 nya di dalam kereta sehingga kedua2 anak saya terjaga dari tidur mereka. Sepanjang perjalanan saya menangis tidak berhenti2.

No comments: