Sunday 2 November 2008

Pemergian Mak dan Cho - Bab 2

27 Julai 2008
Setiba saya di sana saya terus meluru ke sekujur tubuh kaku di ruang tamu.. saya masih tidak percaya Cho telah meninggalkan kami semua. Cho kelihatan seperti dalam keadaan tidur yang tenang..

Rutin harian arwah Cho ialah beliau bangun tidur seawal 4 pagi kemudian melakukan solat tahajjud diiringi dengan membaca Al-Quran sebelum bergegas ke Masjid yang berdekatan dgn rumahnya.
Menurut Kak Nah, Cho terkena serangan jantung ketika beliau selesai membaca Al-Quran dan dalam perjalanan menuju ke belakang pintu untuk menggapai jubah sebelum ke Masjid... Subhanallah.. begitu mudah pemergian Cho...

Cho yang kami sayangi...

Beliau bukan sahaja abang sulung kepada saya malahan saya menganggap beliau seperti ayah saya sendiri. Saya kehilangan ayah ketika berusia 4 bulan kerana kemalangan jalan raya. Semenjak itu Cho menggalas tanggungjawab seorang ayah kepada kami semua.

Setiap kali cuti persekolahan (sekolah rendah dan menengah), Cho akan mengambil saya dan tinggal bersamanya- ketika itu beliau tinggal di Seksyen 17, Syah Alam. (kebetulan Ngah, ibu saudara yang menjaga saya dan Cho ketika kecil ada di sana kerana menjaga anak2 Cho - Aimi dan Dilah).

Dari sekolah menengah ke matrikulasi, Cho lah antara insan yang menguruskan segala2nya. Seandainya saya mempunyai masalah pengangkutan ataupun mahu pergi ke sesuatu tempat yang tidak saya ketahui, Cho lah orang pertama yang akan saya hubungi.

Ketika saya menerima biasiswa untuk menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana, Cho lah antara insan yang pertama yang mengetahuinya. Bahkan beliau juga lah yang beria-ia menyuruh saya melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD (insyaallah Cho saya akan cuba penuhinya).

Selaku abang sulung, Cho lah yang mewalikan pernikahan saya..

Pendek kata, peranan Cho dalam hidup saya amatlah besar...

Apabila rakan2 menyatakan Takziah ke atas pemergian Cho saya menyatakan bahawa saya tidak hanya kehilangan seorang abang, bahkan saya kehilangan seorang ayah yang penyayang....

AL-FATIHAH BUAT CHO (AHMAD ZAINI BIN ALIAS)







Saya teringat pada Hari Raya tahun lalu Cho ada menyatakan secara seloroh kepada saya bahawa seandainya beliau 'pergi dulu' tiada apa yang perlu dirisaukan kerana beliau ada 5 orang adik lelaki yang boleh memandikannya dan mengkafankannya. Beliau turut menyatakan hasrat agar Alang dapat mengimamkan solat jenazah beliau. Hasrat beliau saya sampaikan kepada abang2 yang lain. Alhamdulillah kesemua abang2 saya (kecuali - Angah kerana beliau menetap di Labuan) terlibat menguruskan jenazah Cho hingga ke liang lahad...




No comments: