Dr. Rosman amat profesional dan berpengetahuan luas dalam bidang pergigian. Malahan beliau tidak jemu menjawab segala pertanyaan bertalu-talu dari ku (yang sememangnya suka bertanya he he he). Antara ilmu yang aku pelajari pada 9/4/2009:
1) Produk tenusu yang berperisa coklat dan minuman berperisa coklat antara penyebab utama kerosakan gigi pada kanak-kanak. Fakta ini dipelajari secara informal dari pensyarah beliau. Dan ianya terbukti ke atas anak beliau sendiri. Setelah diperkenalkan dengan minumam berperisa coklat (jenama dirahsiakan- kang kena saman pulak) gigi anak-anaknya mula rosak. Dan ianya juga berlaku ke atas anak-anakku di mana setelah aku memperkenalkan produk tenusu berperisa coklat gigi mereka cepat rosak.
2) Kandungan gula atau mungkin bahan kimia didalam gula yang digunakan untuk produk tenusu coklat dan minuman berperisa coklat menyebabkan kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak kerana struktur gigi susu mereka tidak sekuat gigi dewasa.
3) Tampalan berwarna hitam (merkuri) tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan ke atas kesihatan manusia. ini kerana aku ada terbaca satu artikel berkenaan bahaya tampalan hitam merkuri di atas gigi manusia. Doktor Rosman menerangkan dengan panjang lebar berkenaan dengan isu ini. Dan kini aku yakin dan tidak perlu menukar tampalan gigi aku..
1 comment:
alalaa.
cian ahnaf ngn amru,
btw,coklat pe yg nyebab gg diorg rosak?
naty gtau ea.
Post a Comment