Minggu lalu terdetik dihati utk memeriksa gigi anak-anakku.. selama ini kesibukan menyebabkan aku dan suami tidak berkesempatan untuk berbuat demikian..
Ya Allah gigi geraham kanan Ahnaf berlubang! Amru pun sama.. susah hati ini hanya Allah yang tahu.. kesal juga kerana selama ini aku dan suami tidak bertegas dengan mereka berkaitan dengan penjagaan gigi. Jika mereka malas menggosok gigi waktu malam kami biarkan sahaja..
Hari Rabu 8/4/2009 Cikgu Liza menghubungi aku.. katanya tadi ada pemeriksaan gigi dan gigi Ahnaf dan Amru didapati rosak..
Oleh yang demikian pada Khamis 9/4/2009 kebetulan aku MC pada hari itu, terus aku dan suami membawa mereka ke Klinik Pergigian Rosman.. Kenapa Klinik ini dipilih?? kerana Doktor Rosman sangat baik orangnya.. jika boleh kami tidak mahu Ahnaf dan Amru trauma berjumpa doktor gigi kerana lawatan pertama mereka menakutkan.
Seperti yang diharapkan, alhamdulillah Doktor Rosman amat profesional.. malahan tidak timbul langsung riak ketakutan di wajah Ahnaf dan Amru. Dr. Rosman menampal gigi geraham kanan Ahnaf pada hari yang sama dan kerana kesihatan beliau tidak mengizinkan, rawatan untuk Amru ditangguhkan pada 18/4/2009 ini..
No comments:
Post a Comment