Tuesday 19 May 2009

HAPPY TEACHER'S DAY! - Kisah Guruku Part 1

Bila memperkatakan tentang guru a.k.a pendidik a.ka. cikgu dan lain-lain gelaran yang diberikan serata dunia, ia mengingatkan saya kepada 3 orang cikgu yang tidak akan saya lupakan sepanjang hidup saya ini.

1) Allahyarham Cikgu Hamid
Beliau merupakan guru kelas untuk tahun 6. Namun, ketika saya berada di tahun 6, beliau tidak menjadi guru kelas saya..

Sungguhpun demikian, beliau sentiasa memantau perkembangan akademik saya lantaran beliau juga merupakan guru kelas kepada Abang Cik saya sebelum itu. Beliau pernah menyatakan bahawa saya adalah di antara harapannya untuk memperoleh straight A's dalam UPSR seperti yang dikecapi oleh Abang Cik dalam Penilaian Darjah 5.

Saya merupakan seorang kanak-kanak yang agak pintar di dalam kelas, namun saya tidak bersungguh-sungguh dalam pelajaran (nak belajo apa dalam usia 12 thn??). Saya masih ingat ketika saya menduduki UPSR - saya tidak memegang buku langsung untuk mengulangkaji apatah lagi melakukan latih tubi utk Matematik.. TV, Main, TV, Main itulah rutin hidup saya..

Sehari sebelum keputusan UPSR diumumkan, Cikgu Hamid memanggil dan berjumpa denganku secara personal.. sampai sekarang masih tergiang2 di dalam kotak fikiran ku ayat yang keluar dari bibirnya. "Roslinda.. saya dah salah anggap pada awak.. ternyata awak TIDAK BOLEH menandingi abang awak.. awak menghampakan harapan saya... "

Saya tersentak dengan apa yang diucapkan oleh Cikgu Hamid.. dan ternyata keesokan harinya, keputusan UPSR saya AMAT MENGECEWAKAN - saya hanya mendapat 2A 2B sahaja..

Saya meninggalkan sekolah rendah saya dengan kenangan yang AMAT PAHIT bersama2 dengan kata-kata dari cabaran dari Cikgu Hamid..

2 comments:

ZOOL@TOD said...

Allahyarham Cikgu Hamid sememangnya seorang yang tegas dan garang. Masa kat sekolah dulu selalu kena marah dengan dia.

Tapi sayangnya Abang Cik tak sempat nak ucapkan terima kasih kepada beliau.

Tak sangka pulak Abang Cik ni anak emas Cikgu Hamid (he.. he.. he..). Tak pe Ti, apapun Abang Cik amat-amat berbangga mempunyai adik yang gigih, cerdik, cantik dan katik. (I'm really-really proud of you)

Selamat Hari Guru.

Roslinda Alias said...

Betul.. Arwah Cikgu Hamid betul-betul bangga dengan Abang Cik.. Jeles tau..