Ketika melangkah masuk ke sekolah ini, kata-kata Cikgu Hamid tergiang-giang di dalam kepala saya.. Well I have to prove to him that I am just like my brother or even better than him..
Bermula dari tingkatan satu sehingga ke tingkatan tiga saya merupakan TOP 5 student dalam kelas saya (Kelas saya merupakan kelas terbaik).. saya Dan saya juga adalah satu-satunya pelajar perempuan di samping 5 pelajar lelaki yang berjaya mempertahankan kedudukan di dalam kelas tanpa diturunkan ke kelas bawah. Prestasi saya amat konsisten.
Namun begitu, ketika saya berada di tingkatan 1-3 saya merupakan pelajar yang agak pendiam dan tidak tahu bergaul kerana masih dihantui dengan perasaan bersalah terhadap keluarga di atas kegagalan saya ketika UPSR. Kehidupan saya adalah buku.. buku..buku.. saya tidak mahu mengulangi kegagalan ketika UPSR dahulu.
Ketika melangkah masuk ke tingkatan 4 saya masih ditempatkan di kelas terbaik. Ada seorang guru Bahasa Inggeris yang baru ditempatkan ke sekolah ini namanya Cik Johanna (or Miss Joe).. bermula dari hari itu kehidupan ku mula berubah. Miss Joe dikehendaki mengajar mata pelajaran B.Inggeris di kelas ku. Sememangnya pelajar2 di sekolah agama (mungkin di sekolah saya agaknya) agak terhad penglibatan mereka dalam kelas - sifat malu amat menebal di kalangan kami.. namun Miss Joe berjaya break the wall dan berjaya mencungkil bakat2 kami terutamanya bakat terpendam saya.
Saya telah dipilih untuk mewakili kelas saya (4A) dalam pertandingan syarahan Bahasa Inggeris.. Maka terpaksalah saya bertungkus-lumus menghafal speech.. Alhamdulillah saya mendapat tempat kedua selepas pelajar tingkatan 5.
Bermula dari detik itu, saya menjadi lebih berkeyakinan, lebih agresif (kerana selama ini pelajar lelaki selalu membuli saya dan kawan2 perempuan yang lain kerana bilangan kami yang minoriti) dan sifat-sifat kepimpinan saya semakin menyerlah.. saya semakin aktif di dalam kelas. Saya memenangi pilihanraya sekolah di mana saya telah dilantik menjadi Naib Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar, menjadi Naib Pengerusi Kelab Pidato Sekolah.. dan lain-lain. Dan buat pertama kalinya dalam sejarah sekolah, perwakilan pelajar perempuan diberi tugas untuk mempengerusikan perhimpunan sekolah dan saya adalah orang pertama dipilih utk tugasan tersebut.
Terima kasih Miss Joe kerana telah merubah kehidupan saya..
No comments:
Post a Comment