Thursday 21 May 2009

HAPPY TEACHER'S DAY- Kisah Guruku- Part 3

Alhamdulillah setelah memperolehi keputusan SPM yang cemerlang bermulalah kehidupan saya sebagai siswi UIA di mana saya telah ditawarkan melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Kemanusiaan (dan saya telah memilih jurusan Psikologi). Di Institusi inilah saya telah diketemukan dengan guru yang sememangnya telah membentuk diri saya hari ini.

Saya bukanlah seorang yang aktif di dalam kelas namun para pensyarah menyedari kehadiran saya kerana 1) saya duduk betul-betul di hadapan meja mereka - kebanyakan pelajar Melayu duduk di barisan kedua dan biasanya barisan pertama dipenuhi oleh para pelajar luar negara dan 2) saya mendapat markah yang tinggi dalam setiap kelas sepanjang saya menuntut di sana (tertinggi ataupun paling kurang pun ketiga tertinggi di dalam kelas)

1) Prof Dr. Rahmattullah Khan
Beliau merupakan pensyarah Introduction to Clinical Psychology dan Interpersonal Psychology. Hubungan saya dan Prof. Rahmattullah Khan bertambah rapat apabila saya berada di semester terakhir pengajian kerana saya merupakan pelajar terbaik dalam kelas beliau. Ketika di akhir semester pengajian, beliau telah melantik saya sebagai pembantu penyelidik beliau. Saya menerima bayaran RM30 seminggu dari beliau (jumlah yang agak besar bagi seorang pelajar seperti saya).

Setelah saya tamat pengajian, saya meneruskan khidmat saya menjadi pembantu penyelidik beliau sehingga saya ditawarkan menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih selama 3 bulan di kampung dan selepas itu saya bekerja semula dengan beliau.

Nasib saya amat baik di mana saya telah ditawarkan menjadi Pegawai Penyelidik untuk satu penyelidikan besar (d bawah tajaan Jabatan Agama Islam Selangor) di mana Prof. Rahmattullah adalah ketua Penyelidik. Bayaran yang saya terima adalah sama dengan bayaran yang diterima oleh pegawai-pegawai kerajaan yang setaraf dengan saya (N41).

Di sinilah bermulanya karier saya dalam penyelidikan. Boleh dikatakan saya terlibat 99% dalam kajian ini dan saya belajar banyak perkara berkenaan selok-belok penyelidikan dari Prof. Rahmattullah Khan dan rakan-rakan penyelidikan beliau (Prof. Datuk Sham, Prof. Madya Dr. Azizan, Prof. Md. Sujimon, Dr. Noor Harun dan Puan Noraini Ahmad).

Pengalaman 2 tahun saya menjadi Pegawai Penyelidik banyak membantu saya ketika saya melanjutkan pelajaran dalam peringkat sarjana.

Prof. Rahmattullah Khan merupakan seorang guru, pendidik dan majikan yang terlalu baik. Hubungan Prof dengan para pelajar amatlah akrab. Beliau mengambil berat dan peka tentang perihal pelajarnya. Tidak semua pensyarah yang mempunyai sifat mulia seperti beliau.

Setiap apa yang beliau lakukan terpancar cahaya keikhlasan diwajahnya.. beliau tidak pernah merungut apabila berpusu-pusu pelajar berjumpa dengannya walaupun ketika itu beliau sedang menikmati makan tengahari bahkan beliau melayan mereka dengan baik.

Tiada waktu konsultansi ditetapkan untuk berjumpa dengan beliau bahkan selepas waktu pejabat beliau masih mampu menerima kunjungan pelajar yang ingin berjumpa dengan beliau. Kesabaran dan ketabahan beliau melayani karenah pelajar amatlah saya kagumi dan saya bertekad untuk menjadi seperti beliau.

Beliau sentiasa mendorong saya untuk menjadi yang terbaik dalam semua bidang. Bahkan beliau juga lah yang selalu mendesak saya supaya segera melanjutkan pelajaran dalam peringkat PhD..

Walaupun sekarang beliau telah berpindah ke UPSI, namun sekali-sekala saya ada menghubungi beliau.. Hubungan kami tidak pernah putus kerana beliau adalah Guru sejati saya..

Saya tidak mampu untuk mengungkapkan dan menceritakan kemuliaan hati dan kebaikan Prof. Rahmattullah melalui tinta- hanya Allah sahaja yang mengetahui.. He is the best and the great teacher that I have.. He is my inspiration.. May Allah bless you sir..


Karakter saya sebagai pensyarah banyak dipengaruhi oleh Prof. Dr. Rahmattullah Khan..

2 comments:

Zack ~ 'A said...

Assalamualaikum..
sy sgt faham ape yg saudari maksudkan kerana sy kini sedang menuntut dgn beliau di UPSI.. sy pelajar tahun akhir dan beliau merupakan penyelia tesis sy utk semester ini.. Alhamdulillah... semoga sy mendapat kebaikan yg telah saudari lalui bersama beliau.. :)

Roslinda Alias said...

zack, saranan saya awak kutiplah segala ilmu yang prof ada semasa awak di bawah seliaan beliau.. semoga dipermudahkan segala urusan thesis zack.. sampaikan salam saya kepada prof ya.. sebut sahaja 'roslinda your ex-Research Officer di APC kirim salam ;-)'